Monday, December 12, 2011

Cuti-cuti malaysia

Setelah hampir sebulan bercuti akhirnya kami sekeluarga dapat bercuti ke Genting Highlands pada 10 Disember 2011.












Cuaca baik pada hari ini













Kabus tebal menyelubungi kawasan Genting pada sebelah pagi












Menaiki Kereta Kabel menuju ke puncak Genting

Thursday, January 13, 2011

Naik Bas

Esok anak mama akan naik bas sekolah pertama kali..

kena tunggu di sekolah dan di rumah..

Harap dia boleh berdikari..

Thursday, January 6, 2011

Hari keempat anak sekolah

Harini balik lesu je.. tak makan sehari disekolah.
Sebelum rehat muntah-muntah katanya.
Pagi tadi sarapan nasi goreng dan roti.
Lepas ni kena masak tiap pagi pula... letihnya..

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan sesi 2011

Alhamdulillah..
Hari yang ditunggu muncul. Persekolahan hari pertama berjalan dengan sempurna. Harini masuk ke kelas 6c dan 5k. Dah lama cuti rasa pening juga. Lebih-lebih lagi saya mengajar tahun 4,5 dan 6. Fuh... mcm nak meletup juga.. huhu.. sabar...

Ingat kan tahun 2011 dah relaks tak payah urus anak. Rupanya kena ambik dia gak dari sekolah. Kalau dia naik bas sampai rumah pukul 3.30.. baik la saya ambik dia kejap..

Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali Bertugas

Selamat kembali bertugas kepada warga pendidik. Moga tahun 2011 memberikan semangat kepada kita untuk meneruskan tugas-tugas mendidik anak bangsa.

Tahun ni Hidayah dah tingkatan 1. Selalunya ke sekolah dengan dia. Tapi mulai esok sorang-sorang la naik kereta. Rasa mcm sunyi pula.. kalau tak pagi-pagi ada je yang nak dibebelkan..

Malam ni check semua buku-buku yang perlu dibawa untuk hari esok. Biasa la hari pertama. Mesti ada yang tak kena. Harap tahun ni lebih bersemangat lagi.

Buku anak dan kelengkapan persekolahan juga dah disediakan. Excited sungguh nak ke sekolah menengah. Dia tak tau cabaran lebih besar menanti di sekolah menengah. Doa mama semoga menjadi insan yang berjaya. Dapat menghadapi segala kesukaran dengan tabah. Insya Allah

Saturday, January 1, 2011

Selamat Pengantin Baru

Hari ni jam 12 tengah hari. saya dan suami pergi ke majlis perkahwinan rakan maya.. Kak Liza + Seth

Moga berbahagia hingga akhir hayat

Moga cepat menimang cahaya mata..

Tahniah

Tuesday, December 28, 2010

Kalendar & Takwim Persekolahan 2011

Takwim Sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011


Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16




II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13




Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 21
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan A Kumpulan B

* Kedah
* Kelantan
* Terengganu



* Perlis
* Pulau Pinang
* Perak
* Selangor
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Johor



* Pahang
* Sabah
* Sarawak
* Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
* Wilayah Persekutuan Labuan
* Wilayah Persekutuan Putrajaya